Saturday, November 6, 2010

I am a dreamer, a WEIRD dreamer.

I'm a dreamer. Tapi, saya jenis day-dreamer, bukan jenis orang yang selalu bermimpi malam-malam tuh. Malah, saya jarang sangat bermimpi malam. Biasanya, kalau saya mimpi malam-malam ialah disebabkan stres atau berfikir tentang seseorang (oit, jangan salah sangka, saya hanya berfikir tentang sinchan dan doremon sahaja) Sekarang kita bercakap tentang sebab no. 1. Dan, as you all know, sekejap lagi result exam akan keluar. Dan, Maharani Wahyu sangat yakin bahawa dia tidak mendapat 8A. Setiap malam saya akan bermimpi. Dan, kebanyakan mimpi itu pelik-pelik belaka. Sebagai contoh, satu malam tu saya bermimpi saya sedang menari satu sekolah dengan pakai baju Lady Gaga. Ade lagi, satu malam tu saya bermimpi saya tengah cari harta karun dengan Justin Bieber. Tengok ! Am I crazy or what? 

Okay, jom cerita sikit tentang mimpi Justin Bieber tuh. Best la. Okay, masa tu kitorang dan ade beberapa orang lagi berada di satu pulau ni. Pulau ni memang cantik. Awannya biru, langitnya putih eh terbalik, langitnya biru, awanya putih, air sangat jernih sampai ikan boleh berenang dalam tu ! Marvelous, marvelous (gaya Jarjit) Then, kitorang cari lah harta karun tu. Then, masa dah jumpa ada sekumpulan lanun macam Captain Hook dekat Peterpan tuh kejar kitorang. Then, lari lah. Sambil jerit (a.k.a. speaking) dekat Justin Bieber, p/s : saya tak pandai speaking.

Saya : Justin, ran, ran ! (tengok dah salah, sepatutnya run, run)
Saya : What do we done? (tengok salah lagi, sepatutnya what should is we that this?)

At last, Justin Bieber pun jawab.

Justin : Maharani, maharani. Cepat bawak harta tu dan kita blah dari sini !

....
Hoh?! Justin Bieber boleh cakap BM. Kenapa tak cakap awal2? Susah-susah je speakang dari tadi.

Mimpi terakhir saya adalah tentang marathon. Saya sedang membeli belah di super market. Then, tiba2 security guard dekat situ tiba2 kejar saya. Saya pun lari, lari, lari, lari ( nak tulis lari lagi tapi, nanti penuh blog ni karang ) Bangun je, satu badan saya sakit. Adakah saya sleepwalk? Atau dalam kes ini pronounce to be sleeprun?

Okay, persoalan yang tak terjawab oleh saya sekarang ialah :
Apa kaitan stres pasal result exam dengan mencari harta karun dengan Justin Bieber ?
TAMAT


No comments:

Post a Comment

 
Back to Top