Friday, July 30, 2010

Spooky Story About My Neighbourhood



Pada entry kali nie, nak cerita seram pulak. Okay, korang tau lah aku duk Taman Tasik Utama. Tapi, tak ramai org tau yg taman ni BERHANTU! (background music seram) Okay, kite mulakan dgn story 1

Story 1.
Ni aku tak taw laa tipu ke betul. Sebab ni Imran yg citer. Pada suatu mase dulu, Taman ni adlah kelapa sawit plantation. Pastu, diorang nak ratakan kwsn nie so, pokok2 kelapa sawit uh diorang tebang lah semua guna jentera. Then, ade seorang budak nie dy duk Durian Tunggal. Budak nie 'sleepwalk' and dy jalan lah dlm tido dy sampai taman nie (tak logik kan? sbb tu aku tak caye sgt) Pastu, sampai je taman nie, dy bangun pastu dy nampak cahaya so, dy pergi lah dekat cahaya uh. Rupanya, cahaya tu lampu jentera yg nak ratakan plantation. Then, budak tu pun mati la kena langgar jentera uh. So sad kan senang2 je dah mati. Pastu, budak nie dy nak balik umah dy kat Durian Tunggal tu. So, dy nak 'tumpang' org. Kalau kite bukak pintu kereta and kite biar je pintu tu tak tutup, nanti budak uh masuk dlm kereta and duduk jea dlm kereta nak tumpang gi Durian Tunggal. Tapi, tak yah takut, hantu ni tak kacau.

Story 2
Story 1 tadi mmg tak logik sikit. Story 2 lah pulakk ye... Ni pengalaman dak Im. Dy and abang dy tengah balik dari pegi rumah seseorang. Mase tu pukul 1 pg. Diorang naik motor. Pastu, lalu depan rumah Dzakwan. Then, dak Imran mcm nampak kain putih yg kena angin tapi, tak de angin pun dkt atap rumah Dzakwan tuu. But, dy buat bodo je la sbb dy tngh ngantuk and blurr skit. Then, bile diorang pecut motor tu, kain tadi ikut je. Kain tu mcm sliding dekat atas atap uh. Perghh,, ape lagi diorang takuutt terus larii secepat mungkin. Abang dak Im yg sememangnye wakil negeri Melaka terus memecut! Imran terkedek-kedek sambil bawak motor yg ditinggalkan tu.

Story 3
Seram? Dngr citer aku lak. Ni pengalaman taw. Aku mmg suka tido selepas maghrib  nie. Ntah kenape. Mcm pukul 8 tu, aku tido. Tapi, biasenye aku bangun lagi pukul 10 nak solat Isyak. Then, ary tu lepas aku sembahyang Isyak kul 9.30, aku tngk TV sekejap. Pastu, tertidur kat sofa. Bangun pukul 2 pagi. Aku pun pindah lah gi katil aku dlm bilik. Tapi, aku tak leh tidur sbb ntah lah. Tiba2, aku dgr suara mcm bunyi flute. Sape yg men flute mlm2 camni ek? Aku tak ambik kesah lahh. MALAS! Aku pun nak tido agy. Tapi, bunyi flute uh tak abis2. Tiba2, pokok pisang kat belakang umah aku tu bergoncang-goncang. Ape lagi, aku terus tutup telinga guna bantal. Ya Allah. Dalam hati, ayat kursi, 3 Qul semua aku baca. Tapi, bunyi flute tu tak hilang2. Dah lah. Aku pun pejam mata jea. Akhirnya, aku bleh tido. Tapi, ni pengalaman tak leh lupa lah, beb!

Seram x? Tapi, bukan tmpt ni jea yg ade. Semua tmpt pun ade benda nie. Jangan Risau. Kalau iman korang kuat takkan kena kacau lah. And, benda ni tak bagi mudarat kpd kite. Cuma dy suka kacau kite. Tapi, kite kena ingat utk lebih takut kpd Allah. Semoga hidup kite dijauhkan drpd benda2 ni semua. Amin.


No comments:

Post a Comment

 
Back to Top